berita

Laporan Google Zeitgeist 2012 : Lagu Najwa Latiff & Penyanyi, Shila Amzah Paling Popular Di Malaysia

December 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sudah menjadi perkara biasa, setiap tahun enjin carian Google akan mengeluarkan laporan penuh dan senarai kata carian paling popular atau dalam erti kata lain, perkataan yang paling kerap dicari oleh pengguna internet di Malaysia melalui Google.

Jika tahun lepas, selebriti blogger iaitu Hanis Zalikha adalah satu-satunya orang yang dicari dalam kategori People, tahun ini menyaksikan Shila Amzah telah menduduki tempat ketiga diikuti arwah Izwan Pilus. Kemenangan Shila Amzah dalam beberapa majlis anugerah tempohari merupakan faktor utama pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini menjadi individu tempatan paling kerap dicari di Google.

Menerusi enjin carian Google, tidak salah jika OHBULAN! katakan bahawa Shila Amzah adalah artis paling popular di Malaysia kerana beliau merupakan artis yang paling kerap dicari sepanjang tahun 2012.

Lain pula bagi kategori ‘Lagu’ yang paling kerap dicari. ‘Anak Kampung’ oleh Jimmy Palikat & ONE telah menduduki tangga kedua mengalahkan lagu-lagu lain berdasarkan analisis Google Zeitgeist 2012.

Namun jika dilihat kembali, lagu-lagu oleh Najwa Latiff merupakan kata carian yang paling banyak dicari oleh pengguna internet. Ini terbukti apabila 3 buah lagu nyanyiannya yang berjudul ‘Kosong’, ‘Cinta Muka Buku’ dan ‘Untuk Dia’ kolaborasi bersama Sleeq telah menduduki carta Top 10 bersama-sama lagu ‘Sudah Cukup Sudah’ oleh Mirwana Band dan ‘Ombak Rindu’.

Selain itu, rancangan televisyen yang paling kerap dicari di Malaysia ialah siri animasi bertajuk Upin & Ipin serta Boboiboy. Siri animasi produk tempatan ini telah berjaya menduduki tempat pertama dan kedua diatas drama bersiri Adam & Hawa. Manakala program televisyen ‘RM1,000,000 Money Drop’ hanya menduduki tangga kelapan.

Untuk keseluruhan, laporan Google Zeitgeist 2012 telah menyenaraikan ‘Gangnam Style’ sebagai kata carian yang paling kerap dicari dan ya, drama bersiri ‘Adam & Hawa’ juga telah menduduki tangga kelapan. Tak mustahil drama lakonan Nadiya Nisaa & Aaron Aziz ini boleh memenangi ‘Anugerah Drama Rantaian Terbaik’ untuk Anugerah Skrin (ASK) musim akan datang kan?

Apa pun, tahniah pada rakan media, blog hiburan Rotikaya kerana turut tersenarai sebagai kata carian paling kerap dicari sepanjang tahun 2012.

Laporan penuh boleh dilihat di Google Zeitgeist 2012 Malaysia.

SKIP THIS AD ×