berita

‘Laporan Media Tidak Tepat’ – Dr Maszlee Nafi Mahu Masukkan 1MDB Dalam Subjek Sejarah

December 4th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

 

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menafikan dakwaan media tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah.

Artikel berkaitan: ‘Tidak Perlu Hukum Beliau Dengan Cara Sebegini’ – Pakar Tolak Cadangan Dr Maszlee

Memetik laporan dari Berita Harian Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari, perkataan sejarah yang disebut oleh Dr Maszlee merujuk kepada sejarah am Malaysia, bukan sukatan pelajaran seperti yang dilaporkan.

Laporan media tidak tepat

Sumber gambar: Perak Today

Ujar Shahrul Aman lagi, keputusan untuk memasukkan kes 1MDB ke dalam mata pelajaran Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat

Dr Maszlee dikatakan membuat kenyataan isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.

Beliau menyuarakan cadangannya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad tentang fakta sejarah menjadi kontroversi dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehkannya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran di Dewan Rakyat.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×