berita

Larangan Merokok Di Kedai Makan Dikuatkuasa, Lihat Taktik ‘Genius’ Perokok Teruskan Tabiat

January 2nd, 2019 | by faris
Kini Trending

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam 31 Disember lalu, selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Berikutan itu, golongan perokok tampil dengan idea ‘kreatif’ untuk merokok di kedai makan tanpa mengingkari undang-undang ditetapkan.

Bawa lari meja

Netizen di laman sosial berkongsi cara terbaru oleh perokok untuk meneruskan tabiat mereka di kedai makan dengan membawa keluar meja dari kedai makan. Seorang pengguna Twitter memuatnaik sekeping foto menunjukkan 2 lelaki sedang merokok di luar premis makanan dipercayai di ibu kota.

Kena 3 meter dari meja makan

Tweet berkenaan mengundang komen netizen lain yang menjelaskan peraturan berkenaan turut melibatkan jarak 3 meter dari meja makan.

Bawa meja sendiri

Bawa pita ukur

Turut mendapat perhatian adalah taktik perokok membawa bersama pita ukur ke kedai makan untuk mengukur jarak ‘selamat’ bagi merokok. Viral di laman sosial satu video pendek merakamkan gelagat perokok berbuat demikian.

Kawan-kawan yang nak hisap rokok kena duduk jauh-jauh, ukur! Baru boleh. Tuan kedai pun tak bagi hisap rokok dalam kedai.

Sumber: Kini Viral,  Roy Haizam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×