berita

Larangan Vape & Shisha Di Premis Makanan Belum Diputuskan Lagi – Menteri Kesihatan

November 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Ramai yang kurang bersetuju apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengeluarkan arahan larangan merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2019. Bagaimana pula dengan penggunaan vape dan shisha di premis makanan?

Artikel berkaitan: Larangan Merokok Di Premis Makanan Muktamad – Menteri Kesihatan

Bagaimanapun, Kementerian masih lagi dalam tahap perbincangan bagi menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha di premis makanan.

Belum diputuskan lagi

Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan arahan larangan merokok di semua premis makanan, tempoh hari. Menurut laporan MalaysiaKini, Dr Dzulkefly masih lagi mempertimbangkan penggunaan vape dan shisha di premis makanan.

Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang dalam kategori perundangan yang lain.

Kita sudah ambil perhatian mengenai vape dan shisha cuma ia belum diputuskan lagi, dan dalam waktu agak munasabah akan kita laksanakan.

Nikotin membahayakan perokok pasif

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menggesa kerajaan turut melarang penggunaan vape dan shisha di restoran terbuka. Tambahnya, kedua-dua bahan ini turut mempunyai nikotin yang dapat membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.

Ini juga merupakan peringatan kepada anda sekiranya ditahan di kawasan larangan gara-gara merokok akan didenda denda sebanyak RM10,000 dan pengusaha di premis makanan tidak mematuhi larangan boleh dikenakan denda RM2,500.

Sumber: MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×