berita

Last Jumpa Sebelum Ibu Meninggal, Anak Naza The Times Pendam Niat Bertemu Bapa

June 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa selama-lamanya. Namun, bagi anak kandung Naza The Times, lain pula kisahnya. Gadis dikenali Dayang Amanda meluahkan kisah sayu apabila terpisah dengan ayahnya sejak bertemu terakhir kali ketika si ibu meninggal dunia.

Meninggal ketika 4 tahun

Menurut Amanda, ibunya Dayana Kamal berkahwin dengan Naza di usia 17 tahun, melahirkannya setahun kemudian sebelum menemui ajal di usia 22 tahun. Ketika itu dia baru berumur 4 tahun. Tambah Amanda, dia berbangga menjadi anak kepada wanita itu.

Muat naik video kenangan

Hanya mampu berdoa

Amanda turut berkongsi satu foto dia didukung Naza di usia kecil. Ujarnya, kali terakhir dia berjumpa dengan bapanya itu adalah ketika sebelum ibunya meninggal dunia. Sehingga kini, Amanda yang berusia 15 tahun masih tidak berpeluang bersua dengan ahli kumpulan indie berkenaan.

Mengakui rindu, apa yang mampu dilakukan ketika ini adalah hanya berdoa supaya dapat berjumpa dan bersatu dengan bapanya semula.

Sumber: Dayang Amanda

The following two tabs change content below.