berita

Lat-Tali-Lat Perkenal Semula Permainan Tradisional

October 4th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Reality Show, Lat Tali Lat with Antabax-42

Bilakah kali terakhir anda melihat kanak-kanak zaman sekarang bermain permainan tradisional? Di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, komputer riba serta permainan interaktif, permainan klasik yang pernah menjadi warisan budaya nampaknya semakin dilupai.

Bagi mengembalikan semula kenangan zaman kanak-kanak ini, Antabax dengan kerjasama Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan Astro bakal mempersembahkan sebuah program baru berjudul Lat-Tali-Lat.

Ianya merupakan sebuah rancangan mainan akal pertama di Malaysia yang memartabatkan semula permainan tradisional bertujuan untuk memupuk tabiat kebersihan.

Rancangan ini menampilkan 24 orang peserta dari sekolah-sekolah rendah yang akan beradu kecekapan dalam permainan unik seperti Baling Tin, Konda Kondi, Tarik Upih, Galah Panjang, Tuju Tin dan Ting Ting.

Reality Show, Lat Tali Lat with Antabax-47

Apa yang menariknya, ibu bapa kepada para peserta juga mempunyai peranan masing-masing di mana mereka akan didenda secara kreatif bagi setiap kesalahan anak mereka.

Pasukan yang menang berpeluang membawa pulang RM15,000 dana pendidikan, RM1,000 untuk sekolah yang diwakili, hamper produk Antabax, tiket ke Legoland dan Hello Kitty Land serta jam tangan Swatch.

Untuk makluman anda, rancangan yang akan dikendalikan oleh Jambu ini menjanjikan persaingan sihat, tips kesihatan dan kebersihan diri serta dijangka mampu menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan umur.

Anda boleh mula menonton Lat-Tali-Lat bersama seisi keluarga pada setiap hari Ahad bermula pada 6 Oktober 2013 di Astro Ria saluran 104.

SKIP THIS AD ×