Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini menitipkan nasihat agar Bella Astillah mengundurkan diri daripada keluarga yang toksik selepas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendedahkan sikap sebenar ibu mentuanya.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Macam Tu Takkan Mengaku Salah, Nak Cari Jalan Untuk Twist Supaya Orang Lupa Kisah Mereka’ – Rita Rudaini
Nasib yang sama
Terbaru, Rita membuat pengakuan bahawa dia pernah melalui nasib yang sama dengan Bella suatu masa dahulu.
Lawak.Bro, sis dah lalui benda ni semua dulu. Dah curang, dah salah lepas tu tak nak cerai sebab ada game.
Yang mak mentua hang pun sama. Hang dah tak suka, nasihatlah anak kesayangan hang tu suruh cerai.
Bawa balik anak-anak tu frame elok-elok. Ni lah family Npd + Toksik. Tak payahlah Bella, kang tak pasal- pasal dapat penyakit.
Ujar Rita lagi, Bella tidak sesuai kekal dalam keluarga itu.
Nanti mental hampa yang rosak macam depa (mereka). Dah Bella, keluarlah. Allah dah sedia jalan untuk keluar sebab Allah dah ada perancangan yang lebih baik.
Terdahulu, Rita turut mengakui memang wujud sosok ibu yang mengajar dan menyokong anak membuat kesalahan.