berita

“Lawak Minggu Ini” Bikin Penonton Pecah Perut!

February 25th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-02-21 at 12.21.54 PM

“Lawak Minggu Ini” adalah sebuah program varieti yang menggabungkan elemen sketsa komedi, nyanyian, tarian & ‘gameshow’ Betul ke Bohong. Rancangan ini akan di hoskan oleh pelawak-pelawak terkenal tanahair disertai artis terkenal dan diiring muzik ‘live band’.

Program ini akan di rakamkan di sebuah studio dan sudah mula disiarkan pada 1 Februari 2013 bermula jam 10 malam di Astro Warna (Saluran 132). Tema akan berubah setiap minggu untuk memberi pengisian cerita yang berbeza dan lebih segar.

Sebagai contoh, jika tema pada minggu ini berkisarkan kisah seram, ia akan melibatkan keseluruhan set, props, muzik , isi kandungan jalan cerita, pelakon dan lain-lain. Sketsa yang dilakonkan juga haruslah bertepatan dengan tema & tidak lari dari landasan. Terdapat satu sesi yang melibatkan penonton untuk berlakon & bernyanyi bersama-sama pelakon yang dipanggil ’Filem Rabak’.

Lebih menarik, sebuah sisipan VT yang mengandungi sebuah babak dari sebuah filem terkenal akan dilakonkan semula, tetapi ianya akan dilakonkan dalam cara yang kelakar. Terdapat juga satu segmen di mana ’game show’ Betul Ke Bohong dibawa masuk ke dalam set Lawak Minggu Ini. 7 orang pemain diperlukan untuk menjayakan segmen ini.

Konsep permainan akan dikekalkan seperti sediakala di atas sebab format programnya yang dilindungi. Tetamu-tetamu undangan akan menyanyikan lagu bersama dan turut terlibat semasa lakonan sketsa dan juga untuk ’gameshow’ Betul Ke Bohong. Mereka juga akan turut terlibat melakukan parodi dan tarian dalam aksi yang kelakar.

Antara barisan pelawak yang turut terlibat termasuklah Jozan, Boboi, Osbon, Jambu, Sepahtu, Say Who, Balas & Shiro, Pimai & R2, 3G serta Sobri Yunus & Ebby Yus. Jangan ketinggalan ya!

Saksikan “Lawak Minggu Ini” setiap hari Jumaat jam 10 malam di Astro Warna!

SKIP THIS AD ×