Umum mengetahui, pelakon, Hafidz Roshdi telah melayangkan surat terbuka kepada isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram (IG), semalam.
Tidak mendiamkan diri, Shuhada dilihat mempertahankan dengan menegaskan kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati.
Artikel Berkaitan: Keluarga Benar Hafidz Roshdi Kahwin Tanpa Izin Isteri? – Shuhada Balas Balik Surat Terbuka
Artikel Berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?
Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi & Shuhada Saling Balas Surat Terbuka, Athira Yuhada Tanya, ‘Dah Solat Ke?’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Canang Fitnah, Dah Melampau’ – Beri Surat Terbuka, Hafidz Beri Isteri 48 Jam Buat Permohonan Maaf
Lawan
Berikutan daripada itu, rata-rata rakan artis dilihat tampil memberi sokongan moral buat Shuhada di ruangan komennya di Instagram. Antara selebriti yang dilihat memberikan semangat buat Shuhada ialah Puteri Sarah, Ani Maiyuni dan Datin Rebecca Nur Al Islam.
Menurut Puteri Sarah, dia akan sentiasa ada bersama Shuhada di saat wanita itu memerlukan pertolongan. Ujar Ani Maiyuni pula, Shuhada perlu menjadi kuat demi anak-anaknya. Kata Rebecca pula, Allah akan sentiasa ada bersama hambanya.
Terdahulu, Shuhada terpanggil untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz.
Saya membalas melalui media sosial kerana kenyataan dinyatakan juga melalui media sosial. Sebelum ini kenyataan yang saya muat naik di media sosial tanpa mengetahui tentang kedudukan undang-undang.
Ujar Shuhada, setelah berlaku insiden pada 2 Mac tahun ini, dia telah mendapatkan nasihat undang-undang. Oleh itu, atas nasihat peguam, Shuhada memberitahu dia tidak akan mengupas lanjut tentang kenyataannya satu persatu.
Sumber: Shuhada