berita

Keluarga Benarkan Hafidz Roshdi Kahwin Tanpa Izin Isteri? – Shuhada Balas Balik Surat Terbuka

March 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, pelakon, Hafidz Roshdi telah memuat naik satu hantaran di Instagram iaitu “surat terbuka” buat isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Canang Fitnah, Dah Melampau’ – Beri Surat Terbuka, Hafidz Beri Isteri 48 Jam Buat Permohonan Maaf

Artikel Berkaitan: Kembali Berhubung Dengan Sahabat Lama Selepas 7 Tahun, Shuhada Dedah Hafidz Pernah Halang Berkawan?

Terbaru, Shuhada dilihat membalas kenyataan tersebut secara terbuka di media sosialnya.

Balas melalui media sosial juga

Menurut Shuhada, dia terpanggil untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz.

Saya membalas melalui media sosial kerana kenyataan dinyatakan juga melalui media sosial. Sebelum ini kenyataan yang saya muat naik di media sosial tanpa mengetahui tentang kedudukan undang-undang.

Ujar Shuhada, setelah berlaku insiden pada 2 Mac tahun ini, dia telah mendapatkan nasihat undang-undang. Oleh itu, atas nasihat peguam, Shuhada memberitahu dia tidak akan mengupas lanjut tentang kenyataannya satu persatu.

Segala tindakan selepas ini akan melalui saluran undang-undang termasuk tuntutan sivil. Cuma saya muat naik kenyataan ini kerana demi melindungi saya dan anak-anak.

Benarlah bagai kata Hafidz bahawa dalam perkahwinan ada kelemahan masing-masing. Harmoninya rumah tangga itu jika sama-sama sebagai pasangan melengkapi antara satu sama lain.

Saya telah lupakan masa depan saya untuk sambung belajar walaupun peluang telah diberikan dan saya telah memutuskan untuk menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Saya sentiasa sokong dia dalam karier.

Tambah Shuhada, meskipun berdepan pelbagai ujian dalam rumah tangga, dia masih setia bersama Hafidz pada masa itu.

Shuhada turut berkata, apa yang terjadi baru ini dia terasa seperti dikhianati kerana semuanya berlaku tanpa pengetahuannya.

Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya. Saya terasa seorang diri dan hadirnya pihak lain yang menjadi orang ketiga dalam kehidupan kami.

Pada peringkat awal saya sebagai wanita rasa marah, geram dan keliru memikirkan pelbagai perkara. Saya fikir nasib anak-anak. Saya cuba beri peluang dan berbincang dan saya mendapat tahu tentang sesuatu yang sebagai seorang wanita, saya tidak kuat untuk hadapi. Saya dikasari dan dikhianati.

Tak boleh padam bekas yang ditinggalkan

Di akhir posting tersebut, Shuhada berkata apa sahaja versi Hafidz tidak dapat memadamkan bekas yang telah ditinggalkan.

Tegas Shuhada, dia tidak minta untuk diadili dan berharap kisahnya tidak berlaku kepada sesiapa. Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Shuhada bakal mengambil tindakan undang-undang termasuk kecederaan yang dialaminya.

Sumber: Shuhada

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×