Sekarang ni, ramai dah ada kesedaran untuk dapatkan penapis air di rumah untuk air yang lebih bersih. Bagus tu memang bagus, tapi korang tahu tak, walaupun menggunakan penapis air di rumah, tak semestinya air yang korang minum tu bersih tau! Eh, biar betul, tapi kan dah ditapis?
Baru-baru ni, admin dijemput untuk membuat lawatan ke kilang LG di Seoul untuk melihat sendiri teknologi terbaru ciptaan LG iaitu penapis air LG PuriCare Tankless yang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia khususnya Korea dan India!
Dengar cerita, penapis air LG PuriCare Tankless ni dah menjadi fenomena apabila berjaya mencecah 1.3 juta pengguna di Korea dan 1.2 juta pengguna di India! Wow! Admin pun serius dah jatuh cinta!
Teknologi tanpa tangki, mampu menapis & memanaskan air dalam masa 3 saat sahaja!
Kebanyakan penapis air mempunyai tangki di dalamnya yang dapat menapis air dari sebarang kuman berbahaya. Tapi, bila korang dah rasa air tu macam rasa lain, itu maknanya tangki penapis air korang tu mungkin dah berkarat atau barangkali dah tercemar dengan bakteria berbahaya.
Haa..dengan LG PuriCare yang dicipta dengan teknologi tanpa tangki ni, ia akan terus menapis air dalam masa 3 saat! Ini bermakna, korang boleh terus dapatkan air yang bersih dan segar setiap hari!
Air sejuk atau panas? Yang pasti, dijamin bersih!
Dengan inovatif terkini dari LG iaitu Inverter Compressor dan Induction Heating System (IH), penapis air LG PuriCare Tankless dijamin akan memudahkan hidup korang dengan mempunyai pilihan air minuman, sama ada panas, sejuk ataupun suhu bilik.
Lebih menarik, fungsi 180° darjah turning rotating tap pula memudahkan korang untuk tetapkan kuantiti air yang korang nak dengan paparan sentuhan intuitif dan periksa status tapisan air melalui lampu indikasi. Awesome kan?
3 tahap sistem tapisan untuk air yang lebih berkualiti!
Kalau korang nak tahu, penapis air LG PuriCare Tankless ni juga dilengkapi dengan 3 tahap sistem tapisan yang menggunakan 2 jenis penapis untuk menyingkirkan sebarang zarah dan bakteria berbahaya dalam air.
Ia juga dapat menapis logam-logam berat, kimia organik, kuman, zarah halus dan bau untuk meningkatkan rasa dan kualiti air.
Yang lagi best, memandangkan ia tidak mempunyai tangki, penapis air LG PuriCare Tankless tidak perlu sentiasa mendidihkan air seterusnya, dapat membantu korang menjimatkan penggunaan elektrik di rumah. Cool!
Design yang lebih smart, sleek dan slim!
Selalunya, penapis air di luar sana mempunyai saiz yang agak besar dan akan ambil ruang yang banyak di dapur. Tapi, design penapis air LG PuriCare Tankless ni memang smart dan praktikal sangat.
Direka tanpa tangki dan bersaiz 17cm, penapis air LG PuriCare Tankless ni memang sesuai untuk diletakkan di mana-mana tempat yang korang rasa sesuai tanpa mengambil ruang yang banyak.
Servis berkala sehingga 5 tahun. Siap gantikan paip dalaman setiap tahun!
Jangan risau tentang servis. Dengan Total Service Care 1.2.3 LG, korang akan menerima penggantian tahunan paip dalaman, sanitasi dua hala oleh pensterilan UV dan servis setiap tiga bulan. Paip dalaman akan ditukar setiap tahun bagi memastikan air yang ditapis terjamin kebersihan dan kesegarannya.
Oh ya, melalui Total Service Care 1.2.3 LG juga, korang akan menerima servis penjagaan alat gantian secara PERCUMA selama 5 tahun. Yeay!
Ada masalah dengan penapis air LG PuriCare Tankless?
Haa..kalau korang ada sebarang masalah dengan penapis air LG PuriCare Tankless ni, korang boleh adukan masalah korang ke Smart Diagnosis yang dapat memudahkan penyelesaian masalah, mengesan isu dan mencadangkan penyelesaian secepat mungkin.
Mesti korang dah tak sabar nak tunggu bila penapis air LG PuriCare Tankless ni akan mula dijual di Malaysia kan? Produk ini akan mula dilancarkan di Malaysia pada 11 Julai 2019, harga serta maklumat-maklumat yang lain akan diumumkan pada hari tersebut. Korang mesti tak sabarkan nak dapatkan penapis air LG PuriCare Tankless yang serba canggih ini?
Kalau nak tahu sebarang update tentang penapis air LG PuriCare Tankless ni, layari laman web LG atau hubungi mereka di 1800-822-822 hari ini!