berita

Lawson Tarik Seribu Peminat Ke Konsert Di Bangkok

April 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

image001

Bakal turun Malaysia pada 13 April ini, kumpulan Lawson yang terdiri dari 4 orang jejaka ini terlebih dahulu telah menggegarkan bandar Bangkok.

Kehadiran mereka disana telah menarik ramai peminat kerana ini merupakan kali pertama mereka turun ke Thailand. Bukan setakat di lapangan terbang, ketika menghadiri sesi temubual bersama radio juga kumpulan ini turut menarik ramai peminat hadir berjumpa mereka.

Di hari konsert kumpulan Lawson berlangsung, lebih seribu orang peminat hadir dan ada yang sanggup menunggu seawal jam 2 petang sedangkan pintu dibuka pada jam 4.30 petang. Awesome kan peminat Lawson di Bangkok?

Jika ada yang masih belum tahu siapa Lawson, cuba dengarkan lagu berjudul “Taking Over Me” atau “Standing In The Dark”. OHBULAN! pasti anda pernah mendengar lagu-lagu ini kan?

Sekali lagi OHBULAN! nak beritahu, Lawson bakal mengadakan showcase pertama mereka disini pada 13 April 2013 bertempat di Stage Club, Avenue K, Kuala Lumpur, jam 7.00 petang. Untuk mendapatkan pass ke konsert Lawson, anda hanya perlu membeli CD deluxe mereka berjudul “Chapman Square” di kedai muzik sekitar Lembah Klang.

Apa pun, mari layan lagu “Standing In The Dark” selepas ini dan mari tonton sambutan peminat di Thailand melalui video dibawah.

SKIP THIS AD ×