berita

Layak Ke AJL35, Pengurus Siti Nurhaliza Dedah Insan Di Sebalik Kejayaan Lagu 7 Nasihat & Aku Bidadari Syurgamu

December 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, sebanyak 12 buah lagu ciptaan komposer dan penulis lirik tanah air berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu edisi ke-35. Antara 12 lagu finalis itu terdapat dua buah lagu nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza yang bakal memberi saingan hebat.

Artikel berkaitan: Senarai 12 Buah Lagu Bakal Berentap Di Anugerah Juara Lagu Ke-35. Sengit Sungguh!

Pengurus kepada penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak kongsikan perbualan di Whatsapp sewaktu Ippo Hafiz, Kmy Kmo dan Luca Sikhta melamar penyanyi itu untuk mendendangkan Aku Bidadari Syurgamu dan 7 Nasihat.

Karya anak muda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

Difahamkan, komposer Ippo Hafiz telah melamar Siti Nurhaliza melalui pengurusnya meluahkan hasrat untuk penyanyi nombor satu Malaysia itu membawakan sebuah lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu. Lagu tersebut sebenarnya dilancarkan bagi sebuah projek soundtrack drama di TV3. Malah, Siti Nurhaliza juga terima baik dan bersetuju untuk mendendangkan lagu itu. Dia turut memuji lagu tersebut mempunyai elemen 90an.

Berkolaborasi dengan artis senior

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

Sementara itu, Rosi Abdul Razak turut berkongsikan perbualan Whatsapp antara pihak Luca Sikhta dan Kmy Kmo. Siti Nurhaliza turut menyifatan lagu 7 Nasihat mempunyai elemen irama Melayu.

Sumber: Rosi Abdul Razak

SKIP THIS AD ×