berita

Layla Damita, Penambah Seri Rumahtangga Nabil Ahmad

March 19th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-03-18 at 11.41.22 PM

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad dan isteri diatas kelahiran puteri kedua mereka.

Kalau korang nak tahu, isteri Nabil, Zira telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang tersangatlah comel!

Layla Damita Empunya Nama

Screen Shot 2015-03-19 at 12.02.12 AM

Menerusi aplikasi whatsapp, kami sempat juga bertanya kepada Nabil mengenai little princess ini. Kata Nabil, nama little princess seberat 3.2 kilogram ini bakal diumumkan di rancangan Meletop nanti.

Tetapi, bila kami intai laman Instagram manager Nabil, sempat juga kami melihat nama si comel ini. Layla Damita namanya. Wah! Unik dan sedap didengar.

Screen Shot 2015-03-18 at 11.40.58 PM

Yeay! Naera Mikayla Dah Jadi Kakak

Screen Shot 2015-03-19 at 12.01.22 AM

Mesti seronok Naera Mikayla apabila dapat adik perempuan kan? Khabarnya, baik ibu mahupun little princess ini, keduanya berada dalam keadaan sihat.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada nabil dan Zira. Semoga dengan kelahiran bayi comel ini akan menambahkan seri dalam rumahtangga.

SKIP THIS AD ×