berita

Lazada Tawarkan Alcatel One Touch Idol X Pada Harga RM999

September 5th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Launch of Alcatel's One Touch Idol X-14

Nampaknya, jika sekarang trend pembelian gadget tertumpu pada jenama Samsung dan iPhone, kini Alcatel bakal memecahkan pasaran dengan pelancaran telefon pintar terbaru mereka, One Touch Idol X.

Dipenuhi dengan ciri-ciri telefon pintar dan mempunyai spesifikasi yang tinggi, One Touch Idol X mampu dimiliki oleh setiap orang dengan harga RM1099. Ya, bayangkan kamera beresolusi 13.1 megapixel dan berdefinisi tinggi serta prosesor Quad Core 1.5GHz, anda pasti masih tidak percaya bukan dengan harga yang ditawarkan.

Telefon pintar ini yang baru dilancarkan di Malaysia semalam turut memberikan kepuasan kepada pengguna apabila skrinnya dicipta dengan resolusi penuh HD 1080p bersaiz 5 inci.

Bayangkan kini anda tidak perlu lagi menonton filem di televisyen rumah anda. Selain itu, telefon pintar ini turut menawarkan penggunaan 2 sim (dual sim). Dua biji telefon didalam poket? Kini hanya satu saja dengan Alcatel One Touch Idol X.

Launch of Alcatel's One Touch Idol X-17

Menariknya, walaupun dengan kemudahan dan kelebihan yang ada pada telefon pintar ini, ia tetap mengekalkan harga yang murah dan dengan kerjasama Lazada, anda boleh dapatkan telefon ini pada harga RM999 beserta penghantaran percuma ke rumah anda di seluruh negara

Anda boleh layari Lazada.com.my untuk promosi dan tawaran bagi One Touch Idol X sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh telefon pintar Alcatel One Touch Idol X, anda boleh layari laman rasmi Alcatel One Touch sekarang!

SKIP THIS AD ×