berita

‘Leave Her Alone, Can We?’ – Redza Minhat Pertahan Uqasha Senrose Edit Gambar Gemuk

November 20th, 2017 | by faris
Kini Trending

Masuk bab media sosial, memang setiap orang masing-masing mahu menunjukkan sisi indah kehidupan masing-masing. Apatah lagi bila bergelar selebriti, sekecil-kecil aspek akan ditilik dan dikritik tanpa sebarang batasan tertentu. Pernah kecoh kerana dilabel gemuk, pelakon cantik Uqasha Senrose ada menyunting satu fotonya yang kemudian disunting semula kepada gambar asal oleh seorang netizen.

Tindakan netizen yang kemudian memuatnaik gambar berkenaan mencuri perhatian pengguna media sosial lain dan menganggap perkara itu tidak patut dijadikan isu. Pelakon Kil, Redza Minhat tampil mempertahankan Uqasha dan meninggalkan pesan kepada gadis penyunting berkenaan.

Banyak dia tarik nak nampak kurus punya pasal

Gadis berkenaan ‘membaiki’ gambar Uqasha dengan membetulkan pintu dan tiang yang agak jelas kelihatan bengkok kerana suntingan pelakon itu untuk menampakkan impak lebih langsing. Gadis berkenaan sempat meminta maaf kepada Uqasha atas tindakannya itu.

Dan ini pesan Redza Minhat

Pendirian aktor kacak itu dipersetujui pelayar media sosial lain yang turut berkongsi pendapat yang sama dengan Redza. Tindakan memuatnaik semula gambar disunting semula dilihat cubaan memalukan Uqasha di media sosial.

Bosan sangat ke nak edit balik gambar and spread hate like this

Doa yang baik-baik kan boleh

Moga Tuhan lindungi awak dari orang macam awak

Sumber: Redza Minhat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×