berita

‘Lebih Kejam Hidup Di Luar..’ – Dipandang Hina Selepas Keluar Penjara, Bekas Banduan Rayu Diberi Kerja

December 21st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia di muka bumi ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Begitulah juga yang dilalui oleh individu ini apabila dia telah dipinggirkan oleh ‘dunia’ gara-gara hanya memiliki gelaran ‘bekas banduan’. Malah dia sering dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.

‘Tetapi saya adalah bekas banduan’

Sekadar gambar hiasan

Minta maaf banyak banyak kerana orang macam saya posting untuk pekerjaan di wall group ini. Saya lelaki India berusia 45 tahun. Berasal dari Ipoh perak. Saya sedang mencari pekerjaan di Penang dan juga tempat tinggal atau yang sediakan hostel. Saya ada kelulusan Diploma in Electrical dan Electronics Engineering.

Tetapi saya adalah bekas banduan yang pernah dipenjarakan untuk satu tahun pada tahun 2005 dan saya pun sudah insaf keatas kesalahan yang saya buat. Saya dimasukan ke penjara atas kesalahan kes ugut (seks506) itupun kerana masalah dan pergaduhan diantara keluarga saya.

Hanya perlukan pekerjaan

Sekadar gambar hiasan

Sudah 15 tahun saya tidak mempunyai sebarang kes jenayah ataupun dadah dan sudah 15 tahun saya sudah hidup seksa dengan kehidupan saya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hidup umpama yatim piatu kerana tidak ada sesiapa untuk saya. Saya hanya perlukan pekerjaan untuk sesuap nasi dan tempat tinggal untuk hidup di muka bumi ini.

Saya tahu erti kelaparan macam mana tapi saya tidak mintak kepada sesiapa. Hanya mengemis untuk kerja dan tempat tinggal. Bukan saya nak jadi kaya. Nak dapat kerja security pun susah pada waktu ini kerana ramai bekas banduan macam saya mengulangi kesalahan kesalahan yang lain dan masuk penjara berterusan. Kalau sesiapa pun tak mahu terima kita dan tidak memberi pekerjaan.

‘Bukan saya takut mati’

Sekadar gambar hiasan

Apa yang saya patut buat? Lebih sengsara dan lebih kejam hidup di luar dibandingkan hidup di dalam penjara. Bukan saya takut mati. Saya tahu kehidupan saya sudah musnah kerana satu kesalahan masa lampau. Kenapa ya orang tidak percayakan orang macam saya lagi dan diberi peluang untuk hidup dan bangkit semula?

So sesiapa yang masuk penjara semua jahat dan akan dipandang hina oleh masyarakat yang diluar sana. Kalau ada sesiapa yang sudi tolong saya. Saya mengemis untuk bantuan anda. Bukan saya nak duit. Hanya kerja dan tempat tinggal. Saya tidak meminta gaji tinggi kerana saya tahu diri saya siapa dan saya akan terhutang budi untuk sesiapa yang berniat baik.

Maafkan saya kalau saya keterlaluan atau menyinggung perasaan sesiapa. Kalau ada sesiapa nak maki hamun saya di ruang comment. Saya tidak akan marah atau benci sesiapa.

Sekian
Terima kasih dan sorry.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×