berita

‘Lebih Setahun Saya Bergelar Seorang Muslim’ – Michael Ang Peluk Islam

April 30th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Hari ini, pengarah dan penerbit popular, Michael Ang telah mengesahkan dirinya sudah memeluk agama Islam. Menerusi laporan Astro Gempak, Michael Ang telahpun bergelar seorang Muslim lebih setahun yang lalu.

Baru bersedia nak umumkan

Melalui satu video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X, Michael Ang menyatakan bahawa baru sahaja bersedia untuk mendedahkan penghijrahannya itu kepada umum.

Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah.

Belajar puasa sejak Ramadhan tahun lalu

Menurut Michael Ang lagi, dia sudah bergelar Mualaf sejak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu. Alhamdulillah..

‘Saya budak baru..’

Menerusi Instagramnya, Michael Ang temah mengumumkan bahawa dirinya ‘budak baru’ dan meminta ditegur jika ada kesalahan dalam mendalami kehidupan sebagai seorang Muslim. Dia juga meminta maaf kerana merahsiakan penghijrahannya kerana memikirkan bahawa perkara tersebut adalah antara dirinya dengan Allah dan keluarga.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×