Budak zaman sekarang (Gen Y) ni jenis yang suka luahkan macam-macam dekat laman sosial especially twitter. Nak maki hamun, nak merepek, nak sweet bagai semua boleh luah kat Twitter. Fast & furious gitu. Tak kurang jugak yang maki hamun lecturer, lebih-lebih lagi student yang jenis rasa dia betul semuanya.
Kami kongsikan pendapat brader ni. Memang ada benarnya apa yang dia tuliskan. Sekarang zaman siber. Kalau nak cari kerja, majikan confirm akan selidik habis pasal korang guna media sosial. Betul tak?
Lecturer tahap b***
Ini adalah snapshots yang saya dapat daripada pelajar Melayu kita dari seluruh universiti di Malaysia. Saya pilih secara random melalui Twitter, publicly shared. Search je ‘lecturer + babi’. Semuanya datang dari pelajar lelaki dan wanita.
Dik, bakal majikan korang pun hebat bab risikan ni sama ada mereka dapat hire pekerja yang baik atau buruk. Diorang akan search semua akaun sosial media korang dan tengok profile tentang apa yang korang share online. Korang ingat diorang nak ambik korang bekerja kalau berperangai macam ni?
Kirim salam!
Snapshots dari Twitter
Ini adalah sebahagian dari snapshots yang diambil oleh brader ni. Memang betul-betul kurang ajar dan biadab. Haih, macam manalah nak dapat berkat ilmu belajar tu, dik…
Memang melampau kalau dapat students macam ni. Memang takde adab langsung. Lepas ni kalau hidup tak bahagia, ilmu tak berkat, baru nak menyesal tak sudah. Sedap betul dib***kan lecturer dia. Kalau korang jadi lecturer diorang ni, apa korang nak buat?
Sumber: FB Mohammad Tazli Azizan