Baru-baru ini, tular satu gambar memaparkan pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia yang memegang beg berjenama mewah di aplikasi X.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lee Zii Jia Menangis, Persoal Silap Yang Dilakukan Selepas Nama Sering ‘Dipetik’ & Dikecam
Pakai beg berjenama mewah
Goyatd Bowling 45 Green Bag
Rm22,608 ??? jazzkhuzairi pic.twitter.com/d0IfFniH8l
— Heytofans ? (@heytofans) August 6, 2024
Menerusi perkongsian dibuat @heytofans di aplikasi X, Lee Zii Jia yang memegang beg jenama Goyart itu sedang mengambil gambar kenang-kenangan bersama dua orang pengiring atlet pasukan Malaysia sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Menerusi hasil semakan netizen, harga beg milik pemain nombor enam dunia itu dianggarkan mencecah harga RM22,608 seunit.
Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian wargamaya yang turut meninggalkan komen yang mengatakan bahawa selain bergelar seorang pemain badminton, Lee Zii Jia juga mempunyai ‘taste’ yang bagus dalam berfesyen.
Sekadar info, Lee Zii Jia dan pemain beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik baru saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas berhempas pulas mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik Paros 2024.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X