Umum mengetahui, kisah keganasan rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sudah selesai. Pelantun suara ‘Kejora’ itu sudah menarik balik laporan polis yang telah dibuat olehnya terhadap Rizky.
Artikel berkaitan: Lesti Kejora Bakal Tarik Balik Laporan Terhadap Rizky Billar?
Artikel Berkaitan: Pakai Baju Lokap Oren, Rizky Billar Sudah Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Suka ‘Bantai’ Anak Orang’ – Netizen Puas Hati Rizky Billar Kena Tahan
Berikutan daripada itu, Rizky telah dibebaskan dari penjara dan membuat lima janji terhadap isterinya.
Jadi pelindung yang terbaik buat isteri
Menerusi laporan Detik News, Rizky berjanji akan mencintai Lesti seumur hidupnya. Bukan itu sahaja, pelakon ‘Anak Jalanan’ ini turut menyatakan bahawa dia akan menjadi pelindung yang terbaik buat isteri dan anaknya.
Saya sangat mencintai isteri saya. Saya selalu ingin jadi pelindung bagi keluarga saya. Namun sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan. Saya ingin meminta maaf kepada isteri saya.
Di samping itu, Rizky berjanji mahu mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangganya. Ujar Rizky, dia mahu meminta maaf kepada seluruh ahli keluarga Lesti kerana berlaku kasar dan menyakiti wanita tersebut.
Saya sudah meminta maaf kepada isteri saya dan keluarga, serta masyarakat. Mudah-mudahan saya harap dengan kejadian ini saya bisa jadi lebih baik. Mudah-mudahan dengan kejadian ini boleh membuat rumah tangga kami semakin kukuh, semakin kuat, dan tidak terpengaruh terhadap apa jua hal.
Jejaka berusia 27 tahun itu turut mengaku menyesal di atas kesalahan yang pernah dilakukan. Jelas Rizky, dia nyaris kehilangan insan tersayang disebabkan perbuatan ‘buruk’ yang dilakukan olehnya.
Jadi ayah yang baik dan suami bertanggungjawab
Rizky turut meminta doa orang ramai agar dia berjaya menjadi seorang ayah yang baik dan suami yang bertanggungjawab. Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, Rizky berkata dia berjanji untuk memberikan yang terbaik buat Leslar dan Lesti. Akhir sekali, Rizky berjanji tidak akan melakukan keganasan terhadap isterinya lagi. Tambahnya, dia sedar Lesti seorang wanita yang sangat baik dan masih memberinya peluang untuk berubah.
Sumber: Detik News