Seorang gadis menerusi laman twitternya berkongsi kisah sedih menerima bungkusan barang dari abang kepada kekasihnya. Namun, apa yang menyedihkan tuan empunya badan sudah meninggal dunia selepas kereta dinaikinya bertembung dengan lori. Perkongsian ini undang sebak ramai netizen yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat buat gadis ini.
Parcel sampai tapi..
Lebih 7 retweet, perkongsian gadis ini undang sebak netizen. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan wanita ini menerima bungkusan yang mengandungi dua bentuk cincin sedangkan kekasihnya itu sudah pergi menghadap Illahi.
Saya taknak cincin
Dua hari lepas, tragedi menimpa arwah disiarkan di laman Harian Metro. Pada kejadian 4 petang itu, arwah maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler
Kereta arwah dipercayai memasuki laluan bertentangan dan merempuh treler di hadapan akibat hilang kawalan lalu tercampak ke dalam longkang. Mangsa yang tersepit dalam kenderaan disahkan maut di lokasi.
Saya tahu awak kuat
Rehatlah puas puas sayang
Arwah ngadu nak makan mee sedap dan pizza
Sementara itu, kawan arwah juga berkongsi detik terakhir bersama arwah dimana dia tak boleh tidur dan teringin makan mee sedap. Sedihnya ‘:(
Sumber : Ayidayuyu