berita

Lelaki Alami Tekanan Perasaan ‘Berkampung’ 30 Jam Atas Menara Telekomunikasi, Baling Batu Bila Cuba Diselamat Bomba

January 22nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Sarawak, seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan perasaaan sanggup memanjat menara telekomunikasi setinggi 150 meter di Bukit Mamaloh. Kejadian itu disedari oleh penduduk setempat sebelum mereka bertindak menghubungi pihak polis untuk melaporkan perkara tersebut. Individu itu dikatakan hanya turun selepas lebih 30 jam berada di atas menara berkenaan.

Agresif, baling objek ke arah bomba

Menerusi Utusan Borneo, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memujuk individu itu turun tetapi malangnya dia langsung tidak menghiraukan pujukan pihak polis dan bomba malah dia lebih memanjat ke paras yang lebih tinggi kerana takut ditangkap polis. Tidak cukup dengan itu, individu yang dikenali dengan nama Pandi Bujang turut bertindak agresif dengan membaling objek ke arah pegawai bomba yang turut memanjat menara berkenaan untuk memujuknya supaya turun. Keadaan menara yang basah dan licin akibat hujan juga menyukarkan pihak bomba mendekati lelaki tersebut.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, Pandi dipercayai mengalami tekanan perasaan sehingga dia nekad untuk memanjat menara telekomunikasi tersebut.

Berjaya diturunkan lepas lebih 30 jam

Sementara itu, pihak polis juga turut berusaha dengan menghantar makanan kepada lelaki berkenaan tetapi lain pula yang jadinya apabila Pandi dikatakan tiba-tiba menangis dan meminta pasport miliknya. Apa yang lebih mengejutkan apabila Pandi yang juga bekerja sebagai pemotong kayu mula mengugut untuk terjun dari menara tersebut yang pada ketika itu dia telah berada di pasar ketinggian 150 meter.

Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, anggota polis turun dan pada 3.20 petang dua anggota bomba naik ke menara untuk memujuk mangsa dan usaha mereka akhirnya berjaya.

Tambahnya lagi, lelaki berkenaan akhirnya berjaya dipujuk dan diturunkan oleh pihak bomba menggunakan menggunakan tali penyelamat.

Anggota perubatan yang turut berada di lokasi memberi rawatan awal kepada Pandi lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Utusan Borneo, Harian Metro, Youtube

SKIP THIS AD ×