berita

Lelaki ‘Berputih Mata’ Akibat Lupa Hadir Majlis Perkahwinan Sendiri

March 21st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dari New Delhi, India tidak hadir ke majlis perkahwinannya sendiri akibat daripada mabuk yang teruk pada malam sebelum menjelang majlis tersebut.

Artikel Berkaitan: Buat Pengakuan Tak Masuk Akal, Penyanyi Britain Kahwin Dengan Hantu ‘Kaki Mabuk’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lengkap Pakai Baju Melayu Putih, Lelaki Ini Teruja Nak Kahwin Sampai Salah Tarikh Nikah

Minuman keras

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan India Times, bakal pengantin lelaki itu dikatakan tersedar selepas mabuk yang teruk pada lewat Selasa lepas. Keadaannya ketika malam itu tidak diketahui sesiapa.

Difahamkan, bakal pengantin perempuan bertindak untuk membatalkan perkahwinan dan memilih untuk tidak berkahwin bersama pasangannya tersebut.

Saya enggan mengahwini dengan lelaki yang tidak memahami erti tanggungjawab.

Susulan daripada itu, keluarga pihak perempuan meminta ganti rugi daripada pihak lelaki oleh kerana kerugian wang ringgit yang digunakan untuk majlis perkahwinan mereka.

Apa yang lebih tegang apabila keluarga pengantin perempuan menahan sebilangan keluarga daripada pihak lelaki lelaki sebagai tahanan.

Walau bagaimanapun, insiden tersebut diselesaikan dengan cara yang baik selepas polis tiba dan mendapat persetujuan daripada dua belah pihak.

Sumber: India Times

SKIP THIS AD ×