berita

Lelaki Borong 1000 ‘Babi Air’ Demi Content Youtube Mohon Maaf

January 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang Youtuber dan Instafamous dikenali sebagai Aisar Khaleed baru-baru ini dikecam apabila menghasilkan video cabaran menggunakan 1000 Kool Fever atau dipanggil ‘babi air’.

Susulan ditegur penonton di YouTube, Aisar Khaleed tampi memohon maaf dan menganggap perbuatannya itu melampau dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Content undang kecaman

Difahamkan, Aiser Khaleed telah memborong lebih kurang 1,000 Kool fever di dua buah kedai sebelum dia menghubungi rakan-rakannya untuk sertai penggambaran video tersebut. Sebanyak 1,000 Kool Fever tersebut dimasukkan dan direndam ke dalam sebuah kolam yang berisi air terlebih dahulu sementara menunggu ianya kembang.

Dalam content tersebut menyaksikan Aiser dan rakan-rakannya termasuk penyanyi Asad Motawh turut bermandi-manda dengan ‘babi air’ tersebut. Terdapat beberapa cabaran berkaitan ‘babi air’ itu yang dilakukan mereka.

Sehubungan itu, ramai penonton menyifatkan tindakan Youtuber ini adalah satu pembaziran dan Kool Fever ini juga dianggap lebih penting untuk orang lain yang memerlukannya.

Saya minta maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ???????????? (@aisar_khaledd)

Susulan itu, Aiser tampil memohon maaf kepada umum menerusi posting di Instagramnya. Dia mengakui khilafnya dan tidak akan mengulangi lagi.

Aku kat sini nak minta maaf, aku tak sepatutnya buat content macam tu. Lepas ni aku berharap, aku buat content aku kena pastikan patut atau tidak patut aku buat macam tu. Aku minta maaf, aku hanya manusia biasa. Aku harap korang maafkan aku dan lepas ni aku akan lebih berjaga-jaga. I love you guys so much!

Video mandi dengan 1,000 babi air

Sumber: Aisar Khaleed

SKIP THIS AD ×