Semalam, telah berlangsungnya sambutan Hari Merdeka ke-67 tahun yang diadakan di Dataran Putrajaya.
Dapat dilihat, rata-rata rakyat di negara kita hadir ‘membanjiri’ Dataran Putrajaya bagi melihat sendiri perarakan Hari Kebangsaan yang disertai pelbagai kontinjen yang penuh dengan warna-warni serta jentera aset keselamatan negara.
Artikel Berkaitan: Netizen Tak Setuju Ustaz Dakwa Lelaki Gay Suka Pergi Gym – ‘Kalau Salah Jatuh Fitnah’
‘Majoriti tak solat Subuh?’
Sungguhpun begitu, keterujaan seakan terbantut apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya ustaz tampil membangkitkan rasa terkilannya terhadap segelintir rakyat yang sudah bergasak ke Dataran Putrajaya seawal jam empat pagi.
Menerusi coretan yang dimuat naik di Facebook, lelaki berkenaan mendakwa rata-rata hadirin yang hadir sanggup untuk bangun awal pagi namun tidak menunaikan solat subuh.
Kesian, sanggup datang berhimpun pukul 4 pagi (mungkin kalau rumahnya jauh perlu bertolak pukul 2 atau 3 pagi).
Waktu sebegini kita sepatutnya luangkan masa bertemu Tuhan melalui ibadah tahajud yang pasti diangkat darjat setinggi-tingginya.
Namun sebaliknya pula apabila masa berharga ini digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Malah perhimpunan ini membuatkan majoriti umat Islam tidak mengerjakan solat Subuh, Subhanallah.
Apabila program yang ditunggu-tunggu ini menyebabkan seseorang itu meninggalkan hak Allah (solat Subuh), maka inilah yang disebutkan dalam al-Quran sebagai Thaghut (amalan menyesatkan manusia daripada ajaran Islam).
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga menganggap sambutan Hari Kebangsaan boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang melalaikan.
Beribu alasan untuk membawa keluarga ke majlis ilmu, tapi boleh pula beri komitmen untuk bawa keluarga berlibur.
Sanggup berpanasan untuk melihat perbarisan, alangkah baiknya jika waktu itu digunakan bagi melakukan solat Dhuha.
Netizen tak setuju
Walau bagaimanapun, coretan dibuat lelaki tersebut tidak dipersetujui rata-rata netizen yang ternyata kecewa dengan persepsi buruk yang diberikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menjelaskan terdapat kemudahan yang disediakan seperti surau yang membolehkan hadirin yang hadir untuk menunaikan solat Subuh.
Tambah netizen lagi, tindakannya yang mengingatkan orang ramai tentang kepentingan mengerjakan solat adalah murni namun cara yang digunakannya itu tidak sesuai.
Sumber: Facebook