berita

Netizen Tak Setuju Ustaz Dakwa Lelaki Gay Suka Pergi Gym – ‘Kalau Salah Jatuh Fitnah’

August 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gay Gym

Seorang ustaz berkongsi pengalaman dan mendakwa kebanyakan lelaki gay gemar melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Aqil Idam Watak ‘Gay’, Yakin Boleh Jayakan Dengan Baik -‘Sekeliling Saya Ramai’

Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Jadi Gay Sebab Abang Kandung, Rasa Dianiaya Dapat HIV

Suami suka pergi gim

Gay Gym

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ustaz tersebut berkongsi perkara berkenaan ketika menyampaikan ceramah.

Kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa.

Orang gay ini dia minat sukan, dia minat gim. Dia minat kepada perkara-perkara yang kesihatan, kecantikan badan, ‘sado-sado’..main besi kan.

Menurut dakwaannya lagi, jika golongan suami berada di gimnasium pastinya mereka akan dibantu oleh seseorang terutama ketika melakukan aktiviti angkat berat.

Ini pengalaman sayalah, kalau pergi ke gim tu dia tak boleh main seorang diri..dia kena ada orang bantu kan. Kalau nak angkat (pemberat) tu, dia akan ada orang tolong pegang.

Eh kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa. Kadang-kadang dekat sana dia mesti ada seseorang yang tolong pegang, tolong bantu, tolong bawa.

Bayangkan suami kita baring-baring, dia tengah tolak tolak naik ke atas ada orang lelaki dari atas tolong pegang. Apa yang dia tengok?

Jadi itu normal bagi kawan-kawan di gim.

Respon netizen

Gay GymGay GymGay Gym

Bagaimanapun, dakwaan ustaz tersebut disangkal oleh warganet di ruangan komen yang menyatakan bahawa tidak semua lelaki pergi ke gimnasium dengan niat yang tidak baik.

Malah kebanyakan golongan lelaki pergi ke gimnasium semata-mata dengan tujuan ingin mempunyai tubuh badan yang sihat.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×