berita

Lelaki Dedah Ada Majikan Paksa Pekerja Makan Ivermectine Rawat Covid-19?

August 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Conversation

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ivermectin adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh Food & Drug Administration (FDA) dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan bagi merawat beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Namun, terdapat sesetengah masyarakyat yang percaya akan ubat itu dan mengambilnya tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Bagaimanapun, masih belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah penyakit Covid-19.

Dakwa dipaksa oleh majikan tempat kerja

Seperti perkongsian pengguna Twitter ini, dia mendakwa kakaknya yang telah disahkan positif Covid-19 telah dipaksa oleh majikannya untuk mengambil pil Ivermectin. Bukan itu sahaja, sebagai bukti kakaknya dipercayai perlu mengambil pil tersebut di hadapan majikannya sendiri.

Kisahnya bermula, apabila kakaknya disahkan positifi Covid-19 dan dipercayai dijangkiti semasa bekerja sebelum menjangkiti adiknya yang lain. Difahamkan, abang iparnya sudah meninggal dunia dan kakaknya merupakan seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya.

Positif masih suruh datang kerja

Pada masa yang sama, pemuda ini juga mendakwa seramai 23 orang yang bekerja di tempat kakaknya sudah positif Covid-19 namun, masih dikerah untuk bekerja seperti biasa.

Perkongsian pemuda ini telah meraih lebih 22k tanda retweet dan pelbagai respon yang diberikan oleh netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh syarikat berkenaan.

Respon doktor

Ujar Doktor Mala, Invermectin yang digunakan dan dijual di Malaysia secara ‘tersembunyi’ dan digunakan oleh pesakit-pesakit Covid-19 adalah disediakan untuk haiwan.

Yang pertama saya persoalkan isu halal haram. Adakah ubat tersebut mendapat jaminan halal? Sebab ubat tu disediakan untuk haiwan maka saya rasa dan pasti masih belum menerima status halal ataupun harus.

Respon netizen

Sumber: Shiqnovac

SKIP THIS AD ×