Di aplikasi X, seorang lelaki meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi mengenai kebaikan yang pernah dilakukan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Berhutang Nyawa & Budi’ – Bapa Dedah Siti Nurhaliza Bayar Kos Pembedahan Jantung Anak
Bantu buat CPR untuk Yasmin Ahmad
When Yasmin Ahmad, the acclaimed director had a heart attack, Siti Nurhaliza performed CPR on her. She was in the same presentation room listening to Yasmin. Sadly, she didn’t survive. https://t.co/N8BjQMijco
— Ooi Beng Cheang (@luxentX) September 2, 2024
Menerusi perkongsian yang dibuat, lelaki yang dikenali sebagai Ooi Beng Cheang itu berkata Siti adalah individu yang berada bersama Allahyarham Yasmin Ahmad ketika pengarah terkenal itu diserang angin ahmar 15 tahun yang lalu.
Lebih mengagumkan ialah, pelantun ‘Wajah Kekasih’ itu juga sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum Yasmin dikejarkan ke hospital.
Apabila pengarah terkenal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar, Siti Nurhaliza membantu memberikan CPR kepadanya.
Ketika itu, dia berada di dalam bilik yang sama dengan Yasmin namun pengarah itu gagal untuk diselamatkan.
Beng Cheang berkongsi perkara itu ketika membalas ciapan seorang lagi pengguna aplikasi X mengenai fakta yang tidak diketahui orang ramai mengenai selebriti kegemaran mereka.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika sesi pembentangan idea yang dilakukan di Sri Pentas pada 23 Julai 2009.
Walau bagaimanapun, Yasmin menghembuskan nafas terakhir selepas mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta pada 26 Julai 2009.
Sementara itu, Beng Cheang turut berkongsi pautan ‘link’ berita kejadian itu kepada wargamaya di media sosial.
Video
Sumber: Aplikasi X, YouTube