berita

Lelaki Ditahan Baling Batu Ke Arah Kereta, Bila Ditanya…’Balik Sebab Suka-Suka Je’

February 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Manjung, Perak, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan khianat membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar, semalam.

Artikel berkaitan:Pecahkan 18 Cermin Kereta, Polis Tahan Lelaki Ada ‘Hobi’ Pelik

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan di Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar pada pukul 6.10 petang.

Dilakukan hanya untuk suka-suka

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, lelaki itu ditahan ketika sedang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran. Tambah beliau, lelaki itu berada dalam keadaan khayal semasa ditahan oleh pihak polis. Hasil siasatan dan ujian saringan, lelaki tersebut didapati positif methaphetamine dan melakukan kegiatan khianat tersebut secara sendiri.

Suspek mengaku terbabit kejadian membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar. Dia mendakwa akan menyorok di pembahagi jalan dan pokok dalam satu-satu masa untuk membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan itu.

Jelas Nor Omar lagi, suspek turut mengaku bahawa dia melakukan perbuatan membaling batu itu sekadar hanya untuk suka-suka selepas mengambil dadah. Semasa pihak polis melakukan pemeriksaan terhadap suspek, mereka turut menemui enam ketul batu di bakul motosikal.Batu tersebut dipercayai digunakan oleh suspek semasa melakukan perbuatan khianat tersebut.

Jumpa tiub straw berisi syabu

Di samping itu, pihak polis turut menemui satu tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu di dalam poket seluar suspek.

Suspek bersama rampasan dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, viral satu dakwaan di mana ada individu dikatakan menyorok di pokok dan membaling sesuatu secara rambang ke arah kenderaan di jalan raya. Individu tersebut turut meletakkan batu besar di tengah jalan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×