berita

Pecahkan 18 Cermin Kereta, Polis Tahan Lelaki Ada ‘Hobi’ Pelik

February 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Azrul Adam

Di Port Dickson, Negeri Sembilan, seorang pemuda berusia 24 tahun, mempunyai hobi yang agak pelik lain daripada orang lain. Apa yang peliknya, apabila dia cenderung untuk memecahkan cermin kereta orang ramai dengan menggunakan batu bata.

18 kenderaan menjadi mangsa

Foto: Azrul Adam

Lapor Harian Metro, sehingga kini, sebanyak 18 kereta telah menjadi mangsa perbuatan suspek yang tidak bertanggungjawab itu. Walau bagaimanapun, suspek telah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas tiga motosikal bersama kunci, topi keledar dan pakaian digunakan suspek ketika semasa melakukan jenayah itu di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang. Susulan penahanan itu, polis yakin berjaya menyelesaikan kes kejadian pecah cermin kereta yang dibaling batu bata sejak seminggu lalu.

Bergerak secara solo

Foto: Harian Metro 

Difahamkan, hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek bergerak secara aktif dan berseorangan di sekitar kawasan Taman Perumahan di Port Dickson, Teluk Kemang serta Lukut.

Batu bata yang digunakan (untuk memecahkan cermin kenderaan) dikutip di tepi jalan sekitar tempat kejadian. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh lima tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya.

Respon warganet

Sumber: Harian Metro Azrul Adam

SKIP THIS AD ×