berita

Ikat, Heret Anjing Dengan Kereta Sebab Tak Puas Hati Selalu Buat Kacau

December 14th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang lelaki ditahan polis setelah menyeksa seekor anjing dengan mengikatnya di kereta dan mengheretnya di sepanjang jalan di New Delhi, India, Jumaat lalu. Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu adalah disebabkan lelaki itu berniat untuk membuang anjing itu di hutan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pejalan kaki yang berada berdekatan dengan lokasi itu kemudian tular di media sosial. 

Diheret sepanjang jalan

Foto: Outlook India

Menurut laporan yang dipetik dari New Indian Express, lelaki yang memandu kereta tersebut ditahan pada Sabtu lalu, selepas video itu tular dan menimbulkan kemarahan orang awam. Pihak polis melaporkan, lelaki itu ingin membuang anjing betina itu kerana mengganggu anjing liar yang lain di kawasan kejiranannya. 

Akhil, yang merakam video insiden kejam itu berkata, anjing itu diheret di tengah jalan pada pukul 11 pagi. 

Kejadian itu sangat kejam. Anjing itu diikat di bahagian leher lalu diheret sepanjang jalan, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.

Namun, pemandu kereta tersebut melepaskan anjing itu selepas bertengkar dengan Akhil yang sedang merakam insiden itu. Akhil turut melaporkan kejadian itu kepada DAYA, sebuah organisasi penjagaan haiwan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis. 

Dengan kerjasama DAYA, mereka dapat mencari anjing tersebut lalu dibawa ke veterinar berdekatan Paravoor. Menurut pihak polis tempatan, lelaki itu akan dikenakan hukuman undang-undang selepas menyeksa haiwan tersebut.

Sumber: New Indian Express.

SKIP THIS AD ×