Seorang lelaki yang disyaki menyebabkan kematian seorang penunggang superbike jenis Ducati pada Jun yang lalu mengaku dirinya seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) disamping menerima rawatan sebagai pesakit mental.
Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Lawan Arus Sudah Serah Diri, Sesat Punca Masuk Jejambat Lebuhraya SUKE
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Dengar Daripada Mulut Dia Sendiri Kenapa Dia Lawan Arus’ – Anak Mangsa Nahas SUKE
Tidak berfikiran waras
Memetik laporan Sinar Harian, lelaki yang dikenali sebagai Mudzyadaha Mohammad, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top.
Menurut peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Izleen Ismail, anak guamnya itu telah menerima surat rujukan daripada doktor malah mendapat ubat untuk rawatan psikiatri.
Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Amalina selaku majistret mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua belah pihak.
Ia susulan Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran yang dilihat tidak membantah perkara tersebut.
Mengaku tidak bersalah
Foto: Sinar Harian
Dalam pada itu, Mudzyadaha yang didakwa menunggang motosikal secara lawan arus hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64 mengaku tidak bersalah.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukannya pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu di kilometer 22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, Mudzyadaha boleh berdepan dengan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda sehingga tidak lebih RM50,000.
Seksyen itu juga memperuntukkan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan serta hilang kelayakan selama 10 tahun dalam hal sabitan kali kedua atau kemudiannya.
Video
@ohbulanofficial Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di kilometer 22.2 Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), 14 Jun lalu. Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda maksimum RM50,000. Suspek juga diperintah untuk melakukan pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Sumber: BuletinTV3 #ohbulan #trendingnewsmalaysia #ducati ? Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Sumber: Sinar Harian