Seorang lelaki yang berasal dari Indonesia sanggup melakukan ‘kerja’ gila apabila memasukkan tali nilon sepanjang dua meter ke dalam alat sulitnya bagi mendapatkan kepuasan seks.
Tonton setiap hari
Menerusi laporan The Bharat Express News, pesakit berusia 37 tahun itu sengaja memasukkan tali berkenaan sambil menonton video lucah. Perbuatan sia-sia lelaki itu diterbitkan dalam laporan penyelidikan negara Asia baru-baru ini. Lelaki itu juga dimasukkan ke bilik kecemasan sebuah hospital selepas mengadu sakit pada bahagian bawah perutnya. Menurut pasukan penyelidik, komunikasi dengan pesakit mencabar kerana dia malu dan memiliki sejarah sukar bercakap.
Pesakit tidak pernah berkahwin dan tiada sejarah hubungan seksual. Dia tinggal berdua dengan ibunya yang mengalami gangguan mental. Pesakit mengakui insiden ini adalah kali pertama walaupun dia menonton video lucah setiap hari.
Tambah pasukan penyelidik, tali berkenaan dikeluarkan menggunakan alatan seperti forsep. Pesakit akan pulih dalam beberapa hari selepas diberikan rawatan. Ujar pasukan penyelidik lagi, pesakit perlu dirujuk ke unit pesakit luar jabatan psikiatri. Pesanan buat semua individu turut diberikan agar jangan memasukkan sebarang objek ke dalam uretra. Ini kerana, jika lambat mendapatkan rawatan boleh membawa kepada komplikasi yang serius termasuk jangkitan saluran kencing berulang, pembentukan batu dan urosepsis.
Sumber: The Bharat Express News