Gambar sekadar hiasan
Penduduk setempat nyaris membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana berang dengan perbuatan lelaki itu yang didakwa mencabul anak tirinya sendiri.
Artikel Berkaitan: Cabul 3 Budak Lelaki Bawah Umur, Pancing Mangsa Dengan Baucer ‘Online Game’
Artikel Berkaitan: Tahanan Didakwa Cabul Anak Mati ‘Dihakimi’ 8 Rakan Sel
Isteri jarang layan suami
Gambar sekadar hiasan
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 8 Julai lalu di daerah Kalisat, Jawa Timur, Indonesia yang menyaksikan tindakan penduduk setempat tersebut sempat dihalang oleh pihak polis.
Menurut Ketua Polis Kalisat, Istono berkata siasatan awal terhadap suspek telah dijalankan dan pihaknya mendapati suspek mencabul mangsa atas alasan isterinya tidak selalu melayan kehendaknya.
Dari pemeriksaan awal, dia melakukan perbuatan tersebut kerana isterinya sering menggunakan telefon bimbit.
Isteri suspek selalu membuat alasan mengantuk. Jadi dia melepaskan nafsu kepada anak tirinya.
Suspek berusia 43 tahun itu juga didakwa turut meminta anak tirinya mengurut.
Perbuatan keji suspek itu terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu mengadu kepada ibunya bahawa dia telah dicabul beberapa kali.
Susulan itu, pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berhubung kes tersebut.
Sumber: Indo Zone