berita

Lelaki Hilang 10 Tahun Rupanya Ditemui Mati Tersepit Belakang Peti Sejuk Pasar Raya

February 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: KETV

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia setelah 10 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. Menerusi laporan KETV, Larry Murillo-Moncado dilihat kali terakhir pada malam musim sejuk 28 November 2009, di mana dia dikatakan keluar dari rumah dengan memakai hoodie dan seluar biru. Namun, dia hanya keluar berkaki ayam tanpa membawa kunci dan tidak menaiki keretanya.

Apa yang berlaku?

Menurut The Washington Post, tubuh Larry ditemukan di belakang peti sejuk di sebuah pasar raya di Iowa. Tubuhnya berada di celah-celah ruang 18 inci antara peti sejuk tersebut dengan dinding. Larry yang juga merupakan salah seorang pekerja di pasar raya berkenaan dipercayai memanjat ke atas peti sejuk tersebut sebelum terjatuh dari ketinggian 12 kaki ke ruang belakang peti sejuk.

Menurut salah seorang bekas pekerja di pasar raya itu, para pekerja memang selalunya naik ke atas peti sejuk berkenaan, di mana ruang tersebut digunakan untuk menyimpan barang. Oleh kerana peti sejuk berkenaan mengeluarkan bunyi yang sangat bising, ada kemungkinan bahawa suara Larry meminta tolong ‘tenggelam’ di sebalik bunyi tersebut dan tidak didengari sesiapa.

Sah mayat Larry

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan pada 24 Januari 2019 berkaitan penemuan mayat. Tubuh Larry ditemukan oleh pihak penyelenggara yang ditugaskan untuk mengalih rak dan peti sejuk pasar raya berkenaan yang telah ditutup sejak tahun 2016.

Hasil ujian makmal mengesahkan mayat tersebut adalah Larry setelah dibandingkan dengan DNA kedua ibu bapa kandungnya. Hasil bedah siasat mendapati tiada tanda-tanda trauma pada tubuh Larry dan kes dikategorikan sebagai kematian akibat kemalangan.

Sumber: KETV & Washington Post

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×