Travel ke negara jiran dengan menggunakan jalan darat semakin menjadi pilihan para pelancong mengelilingi negara Asia. Ada yang berpendapat dengan cara ini lebih menjimatkan dan ada yang ingin menghayati moment sepanjang perjalanan.
Seperti perkongsian solo backpacker, Azreen Yunus ini telah menjelajah ke tiga buah negara Asia termasuk Thailand, Laos dan Cambodia hanya menggunakan jalan darat. Perjalanan ini mengambil masa selama 10 hari dengan bajet yang berbaloi!
Perjalanan sejauh 1737km
Terbang dari KL ke Chiang Rai
Hari pertama, flight dari kuala lumpur ke chiang rai, Thailand. Sebab apa flight disini, lebih dekat sempadan Thailand dan Laos.
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Tempat menarik di Chiang Rai
Tempat tinggal aku di chiang rai, Thailand ialah Norn Nung Len, hostel ni strategik diantara temple tersebut cuma 10 minit dari sini. Harga hanya dalam RM25 satu malam.
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Hostel best untuk backpacker
Kebiasaannya kedai halal dekat masjid disini. Ada jual nasi ayam dan masakan seperti di malaysia. pic.twitter.com/Igp0c60UU2
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Dari Chiang Rai ke Laos
Selepas menaiki bas dari chiang rai, Thailand ke bokeo, Laos. Aku kena tukar bas dari bokeo ke luang prabang, Laos. Sbb hostel dan tempat2 menarik di bandar besar, Luang Prabang, Laos.
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Perjalanan 14 jam dalam bas berkatil
Kebiasaanya bila menaiki bas dan akan berhenti di terminal besar cuma 10 minit ke bandar utama. Jadi kena ambik tuktuk ke hostel. pic.twitter.com/iwfdLLLAyW
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Banyak hostel murah di Laos
Nama hostel ini aham backpackers hostel, murah sekitar RM35 termasuk sarapan pagi. Nak lagi mudah, hostel ini bole sediakan sewa motor dan booking bus ke hanoi atau dalam sekitar Laos. pic.twitter.com/5EGq3EwrX6
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Tempat menarik di Laos
Tempat-tempat menarik di Luang Prabang, Laos. Gunung Phousi, Kuang si falls waterfall, Royal Palace, dewan teater, Wat May Souva nhnaphoumaham temple, morning market, night market dan Mekong river. pic.twitter.com/BKgQw28Ude
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Lihat sunset dari Gunung Phousi
Diantara sebab kenapa Mekong river terkenal. Kedudukan sungai terbesar bersambung diantara negara Thailand, Laos dan Myanmar.
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
World heritage town di Luang Prabang
Habis je pusing satu bandar ini, terus plan nak bergerak ke hanoi, vietnam tapi diberitahu oleh orang tempatan yang bas dah penuh sbb perayaan CNY atau Tet.
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Tiket bas dari Luang Prabang ke Vientiane
Penat tapi berbaloi
Selepas menaiki bas dari Vientiane ke Pakse. Akhirnya syukur sampai ke Pakse (sempadan Laos-Cambodia). Perjalanan 14 jam dan tapi Pakse ke Siem Reap, Cambodia ambik masa 10 jam ke sana. Penat gila. Aduh mampus ? pic.twitter.com/l0qYsjlHBI
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 18, 2019
Hampir dua hari dalam bas
Pertukaran bas di Siem Reap
Alhamdulillah selesai dan selamat sampai di sempadan Cambodia. Ada lgi 2 kali pertukaran bas dari sini ke Siem Reap dan masa perjalanan lebih kurang 10 jam ke bandar besar. pic.twitter.com/f4Z4kbDSLX
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 19, 2019
Pakai apps penting untuk trip
Hostel di Siem Reap, Boutique dormitory Kochi-ke. Kedudukan hostel ini strategik diantara kedai makan, masjid dan night market. Ramai backpackers atau pelancong jepun tinggal disini sbb pemilik orang jepun. pic.twitter.com/DAAk1DPXSI
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 19, 2019
Kena naik tuk tuk di Angkor Wat
Hampir 2 hari tinggal di hostel ini. Aku plan nak ke Angkor Wat temple, antara tempat wajib di Siem Reap, Cambodia. Tiket harga ialah 37USD satu hari. Terpulang kalau nk beli 2 hari atau 3 hari.
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 19, 2019
Wat yang perlu dilawati
Hanya ada tiga kuil terbesar, Angkor Wat temple, Bayon temple dan Ta Phrom temple. Kalau tengok movie Tomb Raider, lakonan Angelina jolie. Ta Phrom ialah kuil tersebut. pic.twitter.com/I57A6jVMeN
— azreen yunus (@azreenyunus10) February 19, 2019
Tiga jam untuk dapatkan gambar cantik
Booking tuk tuk pakai apps
Sumber: Azreen Yunus