berita

Lelaki Ini Turun 56kg Dalam Masa Setahun Dengan Hanya Berlari

July 11th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Terdapat banyak cara dan kaedah untuk turunkan berat badan. Bermula dari senaman sampailah jaga pemakanan seharian. Nak hilangkan berat badan memang makan masa. Kadang itu, sampai setahun atau paling cepat hanya beberapa bulan saja.

Seperti dikongsikan Abdullah Faiez Abd Rahman di dalam sebuah group Facebook Malaysia Runners dia mengambil masa selama setahun untuk kehilangan 56kg hanya dengan berlari sahaja!

Genap setahun

Abdullah Faiez mengambil masa selama setahun untuk menurunkan berat badan dari 120kg hingga 64kg. Dia hanya melakukan aktiviti larian bermula dengan sejauh 1 hingga 2 km.

365 hari dalam larian. Asalamualaikum dan salam sejahtera semua runners. Alhamdulillah genap setahun baru berani nak post kat sini. Genap setahun hari ini perjalanan saya untuk ubah gaya hidup ke arah lebih sihat dan weight loss journey. Genap setahun juga cebur diri dalam bidang larian.

Jatuh cinta dengan larian

Dia menunjukkan minatnya dalam larian menerusi acara fun run sehinggalah kini dia mampu untuk sertai half marathon. Malah, kelajuan lariannya juga menunjukkan kemajuan baik dari pace 14 dan kini pace 4.

Bermula dengan larian terpaksa (pace 14 hehe sebab muatan berat) sehingga jadi ketagih dalam larian (ketagih larian takpe, kan. Badan sihat). Jatuh cinta dengan larian. Bermula dengan fun run kini dah ke half marathon. (full marathon tak kesampaian tahun ni sebab Covid-19). Bermula dengan larian first pace 14 sehingga kini dah improve hingga ke pace 4.

Konsisten dengan apa yang dilakukan

Bermula dengan muatan berat 120kg kini dah 64kg. Terima kasih pada runners dalam group ni sebab saya banyak ambil ilmu-ilmu tentang larian dalam page ni untuk improve saya punya larian. Kalau ada yang tanya tips untuk sihat dan kurus, saya hanya mampu cakap “konsisten dengan apa yang kita buat”.

Gambar terkini

Sumber: Abdullah Faiez Abd Rahman

SKIP THIS AD ×