berita

Lelaki Jual Cincin & Barang Hantaran Tak Jadi Kahwin, Netizen Cuba ‘Masuk Line’, Jawapannya…

April 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walau serapi mana sekalipun rancangan dibuat, sebagai manusia, kita mesti akur dengan takdir yang telah tertulis. Kisah jodoh yang tidak kesampaian kerapkali kita dengar, namun apa yang membezakan adalah penerimaan mereka yang diuji dengan ujian sebegitu.

Seorang lelaki memuatnaik jualannya di Twitter, namun apa yang menjadi perhatian adalah apa yang ingin dijualnya itu adalah barangan yang sepatutnya menjadi hantaran kahwin.

Individu berkenaan, Ahmad Firdaus mengiklankan 2 bentuk cincin untuk dijual setelah perkahwinan yang dirancang tidak dapat dilangsungkan. Turut dijual adalah barangan hantaran lain antaranya kasut, set mandian, pewangi dan seluar.

Ada yang cuba ‘masuk line’ tapi…

Melihat ‘peluang’ itu, segelintir netizen mencuba untuk ‘masuk line’ dengan memberi hint supaya lelaki berkenaan menjadi suami mereka pula. Balasan penolakan yang dibuat oleh Ahmad Firdaus membuatkan gadis-gadis berkenaan menjelaskan mereka hanya bergurau untuk untuk menghiburkan lelaki itu.

Ditanya soalan cepumas

Tidak hanya reply berunsur pickupline, Ahmad Firdaus juga turut diajukan pertanyaan bagaimana dia boleh menjadi setabah itu setelah 7 tahun bercinta namun hubungan putus di tengah jalan. Bagaimanapun dia mengaku tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

 Netizen beri kata-kata semangat

Sumber: Ahmad Firdaus

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×