berita

Lelaki Kongsi Idea Ubahsuai Dapur Guna Kayu Pallet Dengan Bajet RM1k, Buat Sendiri Je!

June 30th, 2019 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Selain ruang tamu dan bilik tidur, dekorasi dapur juga sangat penting untuk menaikkan mood si isteri. Bayangkan setelah seharian penat bekerja, isteri terpaksa pula memasak hidangan buat seisi keluarga. Kalau dapat dapur yang bersih dan kemas, memang makin keraplah isteri memasak betul tak?

Menerusi laman Deco Rumah Ku Syurga Ku, lelaki ini kongsi idea ubahsuai dapur menggunakan kayu pallet. Dengan bajet lebih kurang RM500, dapur kelihatan lebih tersusun!

Hadiah untuk isteri baru bersalin

Sebelum

Selepas

Assalamualikum..

Sedikit perkongsian dapur kecil kami..

Simple from pallet pine. Bajet deco.. hehe

Isteri baru bersalin jadi saya kerjakan dapur dia hadiah untuk dia.

Disebabkan dia jarang masak pakai dapur gas. Pakai pressure cooker jer ngn airfryer tu jadi saya manfaatkan laa ruang dapur gas dia buat penutup bole gakk letak apa-apa atas tu dari terbiar.

Kot ada yang perlu diperbaiki or ditambah minta tunjuk ajar sifu-sifu otai deco dalam nak curahkn ilmu. haha

Label-label pada bekas tu dah buat. Tapi saya agak malas nak lekatkan. Tunggu wife laa suruh dia lekat. haha

(Nota tambahan)

Atas permintaan untuk saya memberikan sedikit perincian jadi kita update post.. hehe

Barang yang digunakan

Ok 1st Bahan asas papan pallet

Pallet saya beli di PAPAN PINE WOOD (Alam impian)
Total pallet yang saya pakai dalam 125 pcs
– Untuk semua pallet tak pakai kertas pasir untuk gosok sebab beli dah bersih. Boleh tengok gambar dalam kereta saya beli tu. Tu gambar kali kedua saya beli. First tak ambik sebab dah malam.

Untuk tulang kabinet tu saya beli yang lain saiz yang sedikit kecil tapi lebih tebal.

Cat saya beli satu tin besar di CSM handware tapi lebih banyak pulakk. Ingat macam tak cukup..haha

Wallpaper saya beli online di Shoppee
Total saya guna dua roll

Barang-barang lain semestinya di Eco Shop lah.. hahaha.

Yang lain barang yang sedia ade di rumah

Untuk buat semua ni pastikan pakai gam kayu juga supaya lebih kukuh selain dari skru dan paku.

Saya ada update gambar yang sebelum kecik-kecik tu tambahan sebab ada yang minta nak tengok. Tapi maaf kalau gambar belum siap tu agak menyakitkan mata bila ditengok..haha..

Total kos

Untuk cost pulak..

Pallet Sekeping RM2.30 total pallet yang pakai 125 keping
2.30×125 = RM287.5

Untuk tulang kabinet saiz yang sedikit kecil tapi lebih tebal. Saya pakai 40pcs
Harga RM1 x 40pcs = RM40

Untuk rak pinggan yang tu rm1.30 sebatang.
10batang x 1.30 total RM13

Cat satu tin RM70.00

Wallpaper Dua roll RM30.40

Barang-barang kedai Eco RM70.00

Total RM 510.9

Lain-lain teh ais ikat tepi nasi goreng kampung lain-lain, paku skru barang tukang lain, sikit-sikit yang tak de letak lah RM550 hehe..

Sumber : Hisham Aaz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×