berita

Lelaki Masukkan Mikrocip Kad Bank Dalam Tangan Untuk Buat Pembayaran

October 25th, 2022 | by Wani
Kini Trending

 

Sekadar gambar hiasan

Arnie Szoke, 40, menjadi lelaki pertama di Britain yang membuat implan mikrocip kad bank di bawah kulit tangannya dengan kos sebanyak £350 (RM1,877) di Jerman.

Artikel Berkaitan: Doktor Palsu Tanam Batang Lolipop Bawah Lengan Wanita, Kononnya Alat Pencegah Kehamilan 

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Tak Jadi Tanggal Implan, Kitaran Haid Dah Normal 

Bayar guna tangan

Menurusi laporan The Sun, Szoke dibedah bahagian sisi tangannya untuk menempatkan mikrocip kad bank yang berukuran setengah milimeter daripada saiz pin dan dijahit semula dalam masa lima minit. Menurutnya, penggunaan cip itu memerlukan ilmu dan perlu ditujukan pada kawasan yang betul untuk membuat pembayaran.

Semenjak saya membuat implan mikrocip ke dalam tangan saya, saya tak perlu lagi membawa dompet. Ramai bertanyakan tentang mikrocip ini kerana iainya kelihatan hebat, namun, isteri saya enggan melakukannya.

Susulan daripada itu, cip yang berada di tangannya itu mempunyai tamat tempoh yang sama seperti kad bank biasa dan Szoke dikehendaki untuk menukar dalam operasi kedua pada 2029 dengan kos sebanyak £130 (RM696).

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×