berita

Lelaki Maut Ditembak Di Dalam Kedai Telekomunikasi

June 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang lelaki disahkan maut selepas di tembak di dalam sebuah premis telekomunikasi di Bandar Sunway pada petang Rabu.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tidak Puas Hati Pintu Rumah Ditendang, Wanita Tembak Jiran Lelaki Hingga Maut

Terima dua das tembakan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 32 tahun dilaporkan maut selepas menerima dua das tembakan dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan dari orang awam mengenai seorang lelaki yang berlumuran darah di premis berkenaan.

Polis ke tempat kejadian dan mendapati lelaki terbabit terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan.

Mangsa disahkan meninggal dunia apabila sampai di Hospital Serdang.

Wan Azlan turut melaporkan bahawa siasatan dibuat pihak polis mendapati suspek yang disyaki seramai tiga orang masuk ke dalam premis berkenaan sebelum dua daripada mereka melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Forensik hadir ke tempat kejadian dan menemui dua kelongsong peluru, satu serpihan peluru, satu anak peluru, dua swab darah dan sepasang selipar di tempat kejadian.

Siasatan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah samun dan curi.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai penglibatan mangsa dalam kumpulan kongsi gelap dan kes ini akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Terdahulu, kejadian ini mula tular di media sosial dan mendapati perhatian wargamaya.

Video

Sumber: Harian Metro, Twitter

SKIP THIS AD ×