berita

Penjual Nasi Maut Ditikam 27 Kali, Dua Individu Diburu Polis

December 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Maut Ditikam 27 Kali

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki yang dipercayai merupakan penjual nasi ekonomi disahkan maut selepas menerima lebih 20 kali tikaman di bahagian dada, leher serta beberapa abdomen di kawasan parkir sebuat apartmen di Georgetown pada Selasa.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tegur Saiz Payudara Wanita, Lelaki Maut Ditikam

Dua individu diburu polis

Lelaki Maut Ditikam 27 Kali

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Teh Teik Chye disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan, pihaknya menerima maklumat mengenai satu pergaduhan orang awam yang mendakwa melihat mangsa dalam keadaan terbaring di kawasan tersebut.

Pemeriksaan menemukan 27 kesan tikaman pada bahagian dada, leher dan abdomen mangsa, dipercayai menggunakan senjata pisau.

Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

Dalam pada itu, Saravanan mengesahkan bahawa hasil siasatan yang didapati pihaknya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua suspek lelaki yang menunggang motosikal memasuki kawasan perkarangan apartmen berkenaan.

Melalui rakaman tersebut, salah seorang daripada suspek menikam mangsa yang berusia 60 tahun dengan menggunakan pisau pendek manakala seorang lagi rakannya sedang menunggu di motosikal.

Kita masih menyiasat motif, dipercayai kejadian bukan bermotifkan samun tetapi lebih kepada bunuh dan mangsa juga mempunyai rekod lampau.

Mangsa adalah penjual nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak, juga tinggal di apartmen ini serta mempunyai anak dan cucu, malah ahli keluarga juga sudah maklum mengenainya.

Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang.

Sumber: Harian Metro, FreeMalaysiaToday

SKIP THIS AD ×