Gambar sekadar hiasan
Di Jakarta, Indonesia, seorang lelaki ditemui maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter ketika mencari kayu api.
Artikel Berkaitan: Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pemampat Kertas
Meninggal dunia
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik News, lelaki yang berusia 67 tahun dijumpai tidak bernyawa pada Rabu sekitar jam 1 pagi dalam keadaan terlentang di dalam sungai berdekatan daerah Bogor, Jawa Barat.
Menurut Ketua Polis Daerah Tamansari Iptu Agus Hidayat mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung ketika mencari kayu bakar di kebun buluh. Siasatan mendapati tiada sebarang kesan keganasan pada tubuh mangsa selepas mayat dikeluarkan di tempat kejadian.
Susulan itu, mayat lelaki tersebut telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk melakukan pengebumian sewajarnya.
Sumber: Detik News