Di Kuantan, Pahang, seorang lelaki dipercayai memandu sebuah kenderaan dalam keadaan mabuk sebelum merempuh dan mengheret seorang penunggang motosikal. Memetik laporan NST, difahamkan penunggang motosikal yang berusia 22 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa.
Diseret sejauh 1.5km
Kredit foto:NST
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.10 petang itu melibatkan seorang pemandu mabuk dan seorang remaja yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5. Mangsa baru saja pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang di Gebeng. Motosikal mangsa tersepit di bahagian bumper hadapan kenderaan itu.
Pemandu kenderaan itu didakwa hilang kawalan sebelum merempuh di bahagian belakang motosikal mangsa ketika bergerak pada arah yang sama. Mangsa terbabas dan terjatuh sebelum bahagian kepalanya terhentak pada objek keras dan menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah iaitu Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata sewaktu berlaku pelanggaran itu, suspek tidak sedarkan diri dan membolehkan dia terus memandu sejauh kira-kira 1.5 km sebelum dia berhenti di hadapan rumahnya di Kampung Padang.
Pihak kuasa mendapati tahap pengambilan alkohol diambil secara berlebihan oleh suspek.
Orang ramai terlihat serpihan motosikal yang tersangkut pada bumper kereta suspek lalu memberitahunya sebelum mereka melaporkan perkara itu ke pihak polis.
Siasatan menunjukkan bahawa suspek tidak sedarkan diri sewaktu pelanggaran tersebut. Suspek tersukan pemanduannya bersama motosikal itu dan terdapat kesan seretan di sepanjang jalan.
Sumber: NST