berita

Lelaki Mengamuk & Lepaskan Tembakan Selepas Tuduh Bekas Jiran Ada ‘Skandal’ Dengan Isteri

February 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki berdepan dengan detik cemas selepas dia ‘diserang’ oleh bekas jiran yang menuduh dirinya mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Lebih mencemaskan keadaan apabila melihat suspek turut membawa selaras senapang angin sambil mengungut mangsa di rumahnya yang terletak di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

Tuduh mangsa buat seks dengan isteri

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Kosmo, kejadian cemas itu dipercayai berlaku kerana suspek menuduh mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. Difahamkan, mangsa yang sedang tidur ketika itu terjaga selepas mendengar ketukan pintu. Tidak cukup dengan itu, tingkap rumah mangsa juga telah dipecahkan oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, suspek dipercayai mengamuk dan meminta mangsa mengaku bahawa dia telah melakukan hubungan seks bersama isterinya.

Suspek ditahan, senapang dirampas

Sekadar gambar hiasan

Walaupun begitu, mangsa menafikan perkara tersebut. Hal itu membuatkan suspek semakin marah lalu melepaskan dua das tembakan ke udara sebelum beredar dari rumah terbabit.

Ketika pengadu (mangsa) membuka pintu, suspek yang berada di hadapan rumahnya telah mengacukan senapang angin ke arah lelaki itu. Suspek meminta pengadu mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya, namun perkata itu dinafikan sebelum dia melepaskan dua das tembakan amaran (ke udara).

Malah, suspek juga dikatakan telah mengugut akan membunuh mangsa. Bimbang dengan keselamatannya, mangsa telah membuat laporan polis. Susulan daripada itu, pihak polis berjaya menahan suspek dan merampas senapang angin tersebut.

Difahamkan, motif kejadian ini masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

SKIP THIS AD ×