Merokok di stesen minyak amatlah berbahaya kerana berisiko untuk mencetus kebakaran. Namun begitu, tindakan seorang lelaki yang kurang prihatin itu mengundang kemarahan dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dari Dulu Dah Buat Rang Undang-Undang, Tak Adalah Teman Hisap Rokok’ – Jamal Abdillah

Artikel Berkaitan: Alif Satar Dedah Pesakit Covid-19 Terima Rawatan Berbeza Sekiranya Merokok

Artikel Berkaitan: Bapa Keluar Hisap Rokok Sambil Layan Facebook, Bayi 9 Bulan Mati Dalam Tab Mandi Ditinggalkan Sendirian

Tak prihatin!

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran di Twitter, seorang lelaki dilihat berada di dalam keretanya dengan keadaan tangannya yang terjulur ke tingkap sambil memegang puntung rokok.

Hal ini meraih kemarahan kepada orang awam dengan tindakan yang dikatakan ‘tidak fikir panjang’.

Video yang tersebar itu menjadi bualan hangat di medial sosial dengan risiko kebakaran yang tinggi sehingga boleh melibatkan orang awam di tempat kejadian.

Tak fikir ke?

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi netizen yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan. Selain itu, terdapat juga netizen yang berseloroh untuk menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat pada bulan mulia ini.

Sumber: Twitter @jllmisai