berita

Lelaki Nafi Video Rakaman Bot Karam Di Kelantan

July 1st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Satu tragedi menyayat hati telah berlaku di perairan Kelantan apabila sebuah bot membawa sekumpulan pemancing terbalik apabila dipukul ribut dan ombak besar. Menerusi Facebook Ahmad Muzakkir Hamid memuat naik satu rakaman video yang didakwa situasi cemas di atas bot sebelum nahas tersebut berlaku.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook Shah Abd Rahim, tampil menafikan rakaman video tersebut mempunyai kaitan dengan tragedi yang menimpa kumpulan pemancing berkenaan.

Hati-hati kepada kaki pancing

https://www.facebook.com/ahmadmuzakkirbinhamid/videos/vb.1561992214019077/611157369602156/?type=2&theater

Suasana atas kapal semalam semasa arwah sahabat saya Mat yang dipukul ombak dan ribut. Sempat dirakam.

Al-Fatihah kepada semua mangsa. Hati-hati kepada kaki pancing semua.

Walau bagaimanapun ajal maut, rezeki adalah urusan Allah SWT.

Muzzakir mendakwa rakaman berdurasi 18 saat tersebut dikatakan situasi yang berlaku di atas bot rakannya yang merupakan salah seorang mangsa yang maut selepas bot yang dinaiki mereka ditelan ombak. Dia turut menasihati kepada para pemancing agar sentiasa berhati-hati ketika keluar memancing di laut dan sentiasa perhatikan cuaca.

Tiada kaitan dengan tragedi bot karam

Saya nak betulkan salah faham ye. Video ni saya yang ambil ketika ribut kuat semalam. Tiada kaitan dengan kejadian bot karam. Minta orang yang bertangungjwab sebarkan video saya, mohon delete agar tiada salah faham.

Menurut Shah pula, video yang tersebar itu telah menimbulkan salah faham orang ramai. Hal ini kerana rakaman itu dirakam sendiri dirinya ketika kejadian ribut kuat tengah laut dan tiada kaitan dengan tragedi bot karam seperti yang didakwa. Dia memohon agar orang ramai tidak mempercayai dakwaan palsu yang tersebar sebelum ini.

Sumber: Ahmad Muzakkir Hamid, Shah Abd Rahim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×