berita

Lelaki ‘Naik Hantu’ Tikam Ayah, Ibu Selepas Diminta Tutup Permainan Video

December 22nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tanpa berfikir panjang, seorang lelaki di Detroit, Amerika Syarikat bertindak menikam ibu dan bapa tirinya selepas mereka meminta lelaki itu menutup permainan video yang dikatakan dipasang terlalu kuat sehingga mengganggu waktu tidur mereka.

Suspek, Christopher McKinney bagaimanapun ditahan di tempat kejadian oleh polis tempatan.

Dijumpai polis berlumuran dengan darah

Foto: Mirror

Pada hari kejadian, Christopher dikatakan sedang leka bermain permainan video sebelum ditegur ibu bapanya itu. Christopher yang berang menumbuk bapa tirinya beberapa kali sebelum bapa tirinya bertindak pantas berlari untuk mengambil pisau bagi melindungi dirinya dan isteri.

Dalam pergelutan itu, Christopher berjaya merampas pisau itu lalu menggunakannya untuk membunuh bapa tirinya dan menikam ibunya. Sehubungan dengan itu, Christopher kini berdepan dengan beberapa pertuduhan yang berlaku pada petang 11 Disember lalu.

Pihak polis melaporkan pertuduhan itu mungkin ditambah berikutan kematian bapa tirinya selepas empat hari bertarung nyawa di hospital akibat pergelutan itu. 

Dia ditemui dalam keadaan berbaring dan berlumuran darah. Darah juga ditemui hampir di semua tempat dalam rumah seperti di dinding dan siling rumah.

Ketika ditahan, Christopher sempat meludah ke arah pegawai polis dan menyerang anggota bomba yang sedang memberi pertolongan cemas. 

Sumber: Mirror.

 

SKIP THIS AD ×