Viral di Twitter apabila seorang lelaki berasal dari luar negara, Emmanuel Olalere mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat ketagih pisang goreng di Malaysia. Perkongsiannya itu telah meraih lebih 6 ribu retweet. Menerusi temuramah bersama OHBULAN, dia yang berusia 28 tahun telah jatuh cinta terhadap keenakan pisang goreng sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu.
Ketagih pisang goreng sejak 3 tahun yang lalu
Saya ketagih pisang goreng sejak dari 3 tahun yang lalu.
Sebelum ini saya beli apabila keluar ke bandar, namun menjadi lebih ketagih apabila sebuah kedai jual goreng pisang dibuka di luar tempat saya tinggal.
Dia yang berasal dari Nigeria telah menetap kira-kira 7 tahun di Malaysia dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam program Master di sebuah universiti tempatan. Sebelum ini, dia hanya membeli jika dia keluar ke bandar namun selepas sebuah gerai menjual pisang goreng dibuka di bawah kondominium tempat tinggalnya, dia mula ketagih. Dia turut mempunyai nombor telefon peniaga tersebut yang bernama Syazril supaya memudahkannya untuk membeli pisang goreng kesukaannya itu.
Di Nigeria jadikan kerepek
Di Nigeria, kita tak buat pisang goreng tapi kita goreng jadi chips (kerepek). Jadi dia lebih rangup.
Namun selepas saya cuba pisang goreng, saya seakan jatuh cinta pada gigitan pertama. Selain dari rasa yang sungguh sedap, pisang goreng sungguh rangup di luar tetapi lembut di bahagian isi. Oh so sedap!
Selain itu, di negara kelahirannya, pisang selalu digoreng dalam bentuk kepingan halus atau dengan kata mudah ianya dijadikan kerepek. Pertama kali dia mencuba makan pisang goreng terus jatuh cinta terhadapnya. Tekstur pisang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam menambah lagi minatnya terhadap pisang goreng. Walau bagaimanapun, dia hanya suka makan pisang goreng begitu sahaja tanpa cicah sos mahupun sambal kicap.
Pernah cuba pisang goreng cheese
Saya pernah cuba makan pisang goreng cheese dan saya turut menyukainya. Saya juga akan cuba pisang goreng coklat pada masa akan datang.
Tetapi pilihan utama saya semestinya pisang goreng yang original.
Ditanya mengenai kepelbagaian pisang goreng yang dijual di Malaysia seperti pisang goreng cheese, pisang goreng coklat dan sebagainya. Dia hanya pernah mencuba pisang goreng cheese dan dia turut menyukainya. Namun begitu, dia lebih menyukai pisang goreng yang original tanpa sebarang perisa tambahan. Baginya, keenakan pisang goreng yang original tiada bandingan.
Makan ayam butter 4 kali dalam seminggu
Paling saya suka nasi ayam butter. Saya makan tu 4 kali dalam seminggu. Selain itu, cekodok pisang dan nasi lemak antara makanan kegemaran saya. Sangat sedap!
Selain dari pisang goreng, dia turut menyukai pelbagai makanan yang ada di Malaysia. Antara makanan yang diminatinya ialah cekodok pisang, nasi lemak dan nasi ayam butter. Lebih mengejutkan, dia mampu makan nasi ayam butter sebanyak 4 kali dalam seminggu kerana terlalu menyukainya.
Sumber: Emmanuel Olalere